Resepi Apam Lenggang Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Apam Lenggang Yang Mudah Dan Sedap. Bagaimana cara hendak buat apam lenggang dirumah dengan mudah dan senang untuk dihidangkan kepada tetamu atau dijadikan makanan petang buat keluarga tercinta ? Ikuti perkongsian tentang resipi membuat apam  lenggang dibawah :

Cara Nak Buat Apam Lenggang
Apam Lenggang


Resepi Mudah Apam Lenggang Yang Rangup

Bahan-bahan untuk menyediakan apam lenggang :
  1. Satu setengah cawan tepung beras
  2. Setengah cawan tepung gandum
  3. Satu Setengah cawan sudu kecil yis
  4. Tujuh hingga lapan sudu besar gula
  5. Secawan air
  6. Secawan santan pekat
  7. Sebiji telur ayam

Cara Buat Apam Lenggang Dengan Mudah

1. Sila campurkan kesemua bahan yang telah disediakan kecuali santan..
2. Gaul sehingga rata serta perap selama dua hingga tiga jam
3. Kemudian, baru masukkan santan dan gaul lagi
4. Panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali.
5. Ambil satu senduk adunan serta lenggangkan macam nak membuat kuih ketayap atau apam balik
6. Masak dengan api yang perlahan dan apabila sudah bertukar warna ke  arah kuning kekuningan bolehlah dilipat atau digulung.
7. Siap  masakan apam lenggang homemade anda untuk dihidangkan.

Sedikit nota kaki, kalau anda memakai non stick pan, anda tak perlulah untuk griskan minyak. Selamat mencuba. Harap perkongsian ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Terima kasih.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon