Petua Tips Cara Cuci Dan Bersihkan Emas

Petua Tips Cara Cuci Dan Bersihkan Emas. Berikut merupakan cara bagaimana untuk mencuci emas agar kembali bersinar seperti baru keluar daripada kedai emas. Ikuti langkah-langkah membersihkan emas lama yang disediakan dibawah :

Cara Bersihkan Emas Dengan Mudah
Cara Cuci Emas


Petua Cuci Emas Dengan Menggunakan Asam Jawa

Tahukah anda, bahawa asam jawa bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan seseorang dan berguna untuk masakan tetapi asam jawa turut boleh digunakan untuk mencuci barangan kemas milik anda.

Bahan Untuk Bersihkan Emas Sendiri Dengan Senang


  1. Air
  2. Asam jawa


Cara Cuci Emas Pakai Asam Jawa


  1. Sila campurkan air dengan asam jawa yang telah anda sediakan tadi
  2. Kemudian, rendamkan emas milik anda dalam tempoh masa semalaman
  3. Setelah siap direndam, basuh pakai air bersih
  4. Akhir sekali, lapkan dengan menggunakan kain bersih sehingga kering

Diharap perkongsian tentang tips mencuci emas secara homemade ini dapat memberi anda manfaat. Jangan lupa untuk kongsikan kepada yang lain. Akhirkata, selamat mencuba.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon