Resepi Ketam Black Pepper Yang Sedap

Resepi Ketam Black Paper Yang Sedap. Bagaimana untuk menyediakan masakan ketam black papper di rumah ? Ikuti perkongsian tentang kaedah masak menu ketam black paper secara homemade :

Resepi Ketam Black Pepper Yang Senang
Resepi Ketam Black Pepper


Bahan Untuk Masak Ketam Black Paper 

Sekilogram ketam yang sudah  dicuci serta disalut menggunakan tepung jagung
2.  Segenggam biji lada hitam yang sudah ditumbuk
3.  Sebiji bawang besar  yang siap dipotong dalam bentuk dadu
4.  Dua biji bawang putih yang telah potong secara halus
5.  Sebesar ibu jari halia yang dimayang halus
6.  Dua sudu kicap pekat
7.  Dua sudu sos tiram
8   Minyak untuk tujuan menggoreng
9.  Satu pokok daun bawang
10. Sepokok daun ketumbar
11. Sedikit
12 . garam serta gula secukup rasa

Cara Mudah Masak Ketam Black Pepper

1. Sila masukkan ketam ke dalam kuali yang sudah berisi minyak panas dan goreng ketam sehingga masak. Diingatkan agar jangan goreng terlalu masak kerana isi ketam akan menjadi kering dan keras.
2. Apabila ketam sudah siap digoreng, tumiskan bawang putih, merah dan halia sehingga layu.
3. Masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk dan kacau sehingga sebati
4. Masukkan kicap dan sos tiram dan sedikit air
5. Masukkan garam dengan gula secukup rasa
6. Apabila ianya sudah mendidih, masukkan ketam dan kacau dengan perlahan dalam tempoh masa 5 minit dan keatas.
7. Kuih akan menjadi sedikit pekat kerana campuran ketam dan tepung jagung
8. Agak-agak dah masak, sila rasa dan tambahkan apa yang patut sebelum tutup api.

Sekarang, masakan ketam blackpaper yang dibuat sendiri dirumah sudah siap dihidangkan. Jangan terkejut jika rasanya seperti masakan dari cheff hotel kerana "berkat" air tangan anda. Selamat mencuba.

Artikel Terkait


EmoticonEmoticon